Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf
Para guru matematik sering berhadapan dengan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik di sekolah menengah. Mereka menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat latihan, dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar. Dalam mendepani masalah ini, mereka seharusnya memanfaatkan dan menggunapakai teknologi ICT seiring dengan peredaran zaman. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan berhubung dengan penggunaan dan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih dan bersesuaian dengan topik-topik tertentu menggunakan teknologi ICT.
-------------------------------------------------------
NOOR HAZAMIRA BINTI ALWI (202052)
Kawan-kawan bolehla beri komen dan pendapat yer...
Jurnal Berkaitan:
..............................
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran -Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah
7 comments:
saya juga bersetuju dan sesekali tidak menafikan penggunaan ict dapat membantu menarik minat pelajar. namun bagi saya penggunaan ict ini lebih banyak membantu pelajar di bandar sahaja yang tahu menggunakan komputer dan mempunyai kemudahan tersebut. namun bagi pelajar di luar bandar ataupun pelajar yang mempunyai taraf hidup rendah,berkumungkinan besar, mereka lansung tdk mengenali komputer dan tidak berminat menggunakan komputer semasa belajar. sebelum didedahkan dengan penggunaan ict semasa belajar,eloklah dulu didedahkan pelajar dengan cara-cara menggunakan komputer. seperti juga usaha memperkasakan bahasa inggeris dengan menerapkan penggunaannya dalam sains dan matematik, sepatutnya haruslah diperkasakan dahulu pengusaan pelajar melalui mata pelajaran bi itu sdr dahulu.jangan yang dikejar xdapat,yg dikendong berciciran.

generasi muda yg celik komputer adalah salah satu daripada aspirasi kerajaan dalam bidang pendidikan.penggunaan alat-alat teknologi contohnya komputer mempu merealisasikan impian ini.kemantapan dan kebrkesanan p&p yg menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan guru-guru dan pelajar-pelajar terlibat.ini kerana,guru yg terbabit perlulah mempunyai motivasi yg tinggi dan juga ilmu pengetahuan dalam bidang ini sebelum mempraktikkannya di bilik darjah.persediaan yg mencukupi dan kemas oleh guru-guru sebelum mengajar menjadikan sesuatu proses pengajaran itu sangat menarik dan ia mampu menarik perhatian pelajar yg mempunyai minat yg kurang dalam subjek tertentu.
generasi muda yg celik komputer merupakan salah satu aspirasi kerajaan dalam bidang pendidikan.mereka juga akan sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa.oleh sebab itu,ia wajar dipraktikkan oleh semua pihak yg terlibat.penggunaan alat teknologi contohnya komputer mampu mengembangkan proses p&p bilik darjah yg menarik dan berkesan.ini kerana,guru yg mengajar menggunakan alat teknologi ini mempelbagaikan penyampaian ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar-plejar.maka dengan itu,pelajar-pelajar tidak lagi bosan dan rasa ingin ponteng apabila guru mempunyai daya tarikan kepada mereka untuk berada di dalam kelas. jadi kes-kes disiplin juga dapat dikurangkan di sekolah.
kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan banyak bergantung kepada peranan guru dan pelajar. kaedah pengajaran guru perlu sistematik dan sempurna bagi memudahkan pemahaman pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran terutama dalam pelajaran matematik.penggunaan komputer memang berkesan kerana boleh mengubah kaedah sedia ada. walaubagaimanapun, penggunaan komputer mungkin banyak kekangan kepada guru dan pelajar. guru yang kurang berkemahiran dan ketidaksediaan pelajar akan menyebabkan pelaksanaan kurang berkesan. oleh itu pelaksanaan ini perlu melibatkan semua pihak agar objektif tercapai.
para pelajar kini dah ramai yang celik it. so, bila kita guna komputer sebagai bahan bantu mengajar, ia akan menarik minat pelajar untuk mendengar dan memahami apa yang dipelajari. sebagai seorang guru matematik, kita seharusnya berusaha memperbaiki tahap penguasaaan pelajar agar seiring dengan kehendak negara yang serba canggih dan maju kini.
pengajaran menggunakan komputer akan lebih berkesan berbanding cara tradisional. ini kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Post a Comment