BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

13 March, 2010

Selamat Bercuti...


Salam,
Sempena cuti sekolah ni..marilah kita rancang percutian kita dengan family...semoga ikatan kekeluargaan semakin utuh..Walaupun cuti ni hanya beberapa hari jer..carilah tempat yang dekat2...best jugak..jom,,,!!







Jom la bercuti sama2..

07 March, 2010

10 Cara untuk menjadi pasangan terbaik

Dalam mengemudi sebuah rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang dan keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Oleh itu berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda.  Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan adalah ganjaran yang amat tidak ternilai.


JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT

Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya.  Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik.  Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.


BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN
Awas!  Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda.  Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat.  Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.  Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan.  Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.


LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama.  Oleh itu bermula dari hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.  Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak.  Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.


FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri.  Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.  Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda.  Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.


TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia.  Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.  Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.


HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.  Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.  Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya.  Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian.


LUPAKAN PERISTIWA LALU

Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda.  Jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama.  Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga  boleh menyebabkan kekeliruan berlaku.  Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba utuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus.


BUANG SIKAP CEMBURU

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.  Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini.  Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua.  Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.


TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda.  Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi.  Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan  pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.


JUJUR

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga.  Bercakap benar leibh baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.  Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya.  Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.

06 March, 2010

Buletin PERSAMA

01 February, 2010

LiFe is Too ShOrT



Life's Too Short

17 January, 2010

'homework' punya pasal..

skrg duk check2 keje...bila di list kan.byk juga..hmm..fikiran pun jd 50-50..hehehe..tadi try doh explore tugasan access,n edit publisher..emm..susah juga.. nampaknya kene relax dulu niii...

11 January, 2010

Selamat datang ke blog saya..

Terima kasih sudi melawati ke blog saya...jika ada kekurangan sila la komen.. kalau ada idea pun bolehla kongsi..

Jurnal untuk diulas dan dikomen...

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer


http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/norhayatiIPDAkk.pdf


Para guru matematik sering berhadapan dengan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik di sekolah menengah. Mereka menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat latihan, dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar. Dalam mendepani masalah ini, mereka seharusnya memanfaatkan dan menggunapakai teknologi ICT seiring dengan peredaran zaman. Sehubungan itu, satu kajian dijalankan berhubung dengan penggunaan dan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih dan bersesuaian dengan topik-topik tertentu menggunakan teknologi ICT.
-------------------------------------------------------


NOOR HAZAMIRA BINTI ALWI (202052)

Kawan-kawan bolehla beri komen dan pendapat yer...

Jurnal Berkaitan:
..............................
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran -Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah

10 January, 2010

br nk blaja...




saya budak baru nak blaja....